Diary About Link Stuff Other
Sabtu, 8 April 2017 • 10:09 PG • 0 Sweet hearts

Pendahuluan
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam untuk kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w, Allah s.w.t mengutus baginda sebagai rahmat untuk seluruh alam. Baginda juga menjadi penyampai hujah-Nya kepada seluruh manusia. Semoga seluruh keluarga, sahabat-sahabat, serta seluruh pengikut Rasulullah s.a.w berada dalam kesejahteraan sehingga hari kiamat.
Saya diberikan tugasan yang bertajuk “Pernikahan Online”.  Perkahwinan merupakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w kepada manusia untuk meneruskan kelangsungan manusia di atas muka bumi. Allah S.W.T juga menjadikan manusia terdiri daripada latar belakang dan kemampuan. Ada manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t dalam keadaan yang cukup sifat dan sebaliknya.
Namun, seiring berjalannya waktu, kemajuan dan peradaban teknologi kini semakin canggih, sehinggakan ada yang menggunakan perkembangan teknologi untuk melakukan pernikahan melalui telefon, internet mahupun komunikasi media. Dalam tugasan yang diberikan ini menbahaskan adakah nikah online boleh dilakukan atau pun tidak.
Nikah dari segi bahasa ialah dakap dan bertaut. Dikatakan pokok-pokok itu bernikah bermaksud, bertaut antara satu sama lain. Sementara nikah pada syara’ pula ialah aqad yang mengharuskan hubungan suami isteri, yang dibenarkan syara’. Ia diistilahkan sedemikian kerana nikah mengikat dan merapatkan hubungan individu. Orang Arab menggunakan lafaz nikah dengan maksud aqad bermesra dan persetubuhan.
Namun, makna nikah yang sebenarrnya (حقىقىة النكاح) ialah aqad, manakala penggunaannya dengan makna persetubuhan adalah secara kiasan (مجاز). Walaubagaimanapun, nikah pada keseluruhannya dengan makna aqad pernikahan, bukan makna persetubuhan.





Konsep Perkahwinan dalam Islam

            Pelbagai definisi tentang perkahwinan telah diberikan oleh para sarjana (ulama) Islam, antara yang terpilih ialah ; Suatu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan muhrim dan menimbulkan hak serta kewajiban antara kedua-dua mereka. Manakala dalam pengertiannya yang lebih luas perkahwinan adalah satu ikatan lahir di antara dua orang, lelaki dan perempuan untuk hidup bersama di dalam sebuah rumahtangga di samping melahirkan zuriat sebagai meneruskan kelangsungan hidup manusia menurut batas-batas (disiplin) hak dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh syarak.

Perkahwinan atau nikah dari segi terminologi (bahasa) ialah himpunan, pengumpulan, percantuman, persetubuhan dan akad. Nikah dari segi bahasa diertikan juga sebagai menindas, setubuh dan senggama. Di kalangan ulama ushul berkembang tiga macam pendapat tentang erti lafaz nikah ; Menurut golongan Hanafi nikah menurut asalnya adalah setubuh dan menurut erti majazi (metaforis) adalah akad yang dengan akad ini menjadi halal hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan, manakala menurut golongan Syafi’e pula nikah menurut erti asalnya ialah akad yang dengan akad ini menjadi halal hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan, sedangkan menurut erti majazi ialah bersetubuh. Nikah dari segi syarak(analogi) pula bererti suatu akad yang menghalalkan pergaulan dan membatasi hak-hak kewajipan serta tolong-menolong antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram.

Dari segi syarak pula ialah satu akad yang mengandungi rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu untuk mengharuskan pergaulan dan menghalalkan persetubuhan.8 Menurut Imam Hanafi, nikah merupakan akad yang membolehkan persetubuhan setelah bersatunya suami isteri dalam perkahwinan tersebut.[1]





Perkahwinan sebagai akad perjanjian untuk menyatukan lelaki dan perempuan bagi menghalalkan hubungan kelamin, bertujuan mencapai kebahagiaan yang berkekalan mengikut garis panduan yang ditetapkan syarak. Islam menekankan faktor penerusan zuriat yang halal sebagai tujuan utama perkahwinan. Al-Bardisi pula mentakrifkan perkahwinan sebagai kontrak yang memberi faedah kepada seseorang dengan tujuan memiliki keseronokan dengan seseorang perempuan yang tidak dilarang mengahwininya oleh larangan syarak.

 Manakala perempuan itu dihalalkan pula melakukan persetubuhan dengan lelaki tersebut.11 Al-Shaikh al-Sharbini al-Khatib pula menyatakan perkahwinan sebagai kontrak (akad) yang mengharuskan persetubuhan dengan menggunakan lafaz nikah (tazwij) atau terjemahannya mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam. Perkahwinan juga bukanlah setakat akad sivil untuk memiliki sesuatu seperti akad jual-beli malah ia merupakan akad yang menghalalkan pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Maka atas dasar tersebut Profesor Muhammad Abu Zuhrah pula mentakrifkan perkahwinan sebagai satu kontrak yang menghalalkan pergaulan seorang lelaki dengan seorang perempuan yang boleh menolong antara satu sama lain serta menentukan hak dan kewajipan masing-masing.

Melalui definisi-definisi diberikan di atas jelaslah perkahwinan menurut perspektif Islam mempunyai tujuan yang suci dan kesucian itulah yang menjadikannya sebagai satu institusi keagamaan, terutamanya Islam yang menekankan aspek rasional, logik akal serta lebih merupakan agama fitrah. Rasionalnya dan secara fitrahnya manusia tidak akan berkahwin dan membuat undang-undang perkahwinan seandainya ia tidak membawa manfaat dan faedah yang besar kepada kepentingan manusia sendiri. Di situlah letaknya keistimewaan undang-undang Islam dalam mengatur tata cara perkahwinan di mana ia tidak[2]





Rukun dan Syarat-syarat Perkahwinan

Dalam Islam Sesuatu perkahwinan tidak akan berlaku menurut undang-undang Islam16 tanpa berasaskan beberapa perkara penting yang diistilahkan oleh para ulama sebagai rukun-rukun perkahwinan. Tanpa sebahagian atau salah satunya maka perkahwinan tidak akan wujud. Kesempurnaan serta kesahannya amat bergantung dengan kewujudan semua rukun tersebut.

Terdapatnya syarat-syarat bagi setiap rukun perkahwinan islamyarat-syarat Bagi Ijab dan Kabul. Syarat-syarat bagi Ijab, mestilah menggunakan kalimat atau sebutan nikah atau terjemahannya yang tepat. Ijab hendaklah dari wali atau wakilnya. Nikah yang diakad itu bukan buat waktu yang terbatas. Bukan dengan kata-kata sindiran. Bukan dengan cara ta'liq (syarat yang masih tergantung) Contoh lafaz Ijab umpamanya, "Ya Osman, Aku nikahkanmu dengan anakku, Hamidah Binti Bidin dengan mas kahwinnya sebanyak 50 ringgit, tunai’. Syarat-syarat bagi Kabul, jangan ada kelengahan masa di antara ijab dan kabul. Sesuai dengan kehendak ijab. Dari bakal suami atau wakilnya. Bukan dengan cara ta'liq. Bukan dengan kalimat sindiran.  Menyebut nama bakal isteri atau ganti namanya.[3]








Dalil Perkahwinan dalam Islam

Sumber dalil dari nas-nas al-Quran dan al-Hadith terdapat banyak nas-nas al-Quran dan al-Hadith Rasulullah S.A.W yang menerangkan tentang galakan dan suruhan Islam berhubung perkahwinan terhadap umatnya dengan menggariskan syarat-syarat yang teratur dalam menegakkan konsep perkahwinan Islam secara syumul, universal dan berhikmah. Antaranya, firman allah s.w.t

Description: Image result for surah an nur (24) 32

Bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang yang bersendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui.’ Surah al-Nur (24) : 32[4]

Ayat di atas jelas menerangkan galakan berkahwin ke atas umat Islam. Ia menjelaskan juga bahawa kemiskinan bukanlah penghalang untuk berkahwin kerana keperluan kepada pasangan hidup adalah perlu selama mana keadaan jasmani seseorang itu berkemampuan[5].
firman allah s.w.t lagi

Description: Image result for surah an nisa (4) 3

Bermaksud: “Maka kahwinilah wanita yang kamu senangi, dua, tiga dan empat. Maka jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja.” Surah al-Nisa’ (4): 3[6]

Ayat tersebut merupakan dalil atau sumber yang kukuh dan telus dalam perundangan hukum Islam mengenai galakan supaya umatnya berkahwin.29 Kaum lelaki disuruh memilih seorang, dua, tiga dan empat untuk dijadikan isteri.
Jika lelaki tersebut tidak mampu untuk menunaikan kewajipan atau tanggungjawab sebagai suami dan takut tidak dapat melaksanakan keadilan sekiranya mempunyai beberapa orang isteri, maka Islam menghendaki mereka berkahwin dengan seorang perempuan sahaja.
Firman Allah S.W.T lagi dalam menggalakkan berkahwin ialah sebagaimana berikut:

Description: Image result for surah ar rum  (30) 21

 Bermaksud: " Dan di antara tanda-tanda (KekuasaanNya) ialah bahawa Dia menciptakan jodoh untuk kamu daripada diri kamu(bangsa kamu) supaya kamu bersenang-senang kepadanya, dan Dia (Allah) mewujudkan sesame kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi tanda bagi kaum yang memikirkan." Surah al-Rum (30) : 21[7]

Di samping suruhan dan galakan terus melalui firman Allah dalam alQuran, terdapat banyak hadith Rasulullah S.A.W yang turut menerangkan galakan berkahwin ke atas umatnya.[8] Antaranya daripada ‘Abdullah bin Mas’ud, sabda rasulullah s.a.w

یَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنْ اسْتَطَاعَ الْبَاءَةَ فَلْیَتَزَوَّجْ فَإِنَّھُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ یَسْتَطِعْ فَعَلَیْھِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّھُ لَھُ وِجَاء                                                                        
                                                   
Bermaksud: “Wahai para pemuda, sesiapa yang berupaya di kalangan kamu untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin sebab perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kehormatan.Dan barangsiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu menjadi perisai baginya.”
           


Hadith ini menyarankan kepada kaum pemuda yang berkemampuan dari segi zahir dan batin supaya berkahwin. Bagi mereka yang tidak berkemampuan pula digalakkan supaya berpuasa kerana puasa akan dapat menjadi pendinding atau perisai bagi mengelakkan individu tersebut daripada melakukan perbuatan maksiat, apalagi perbuatan zina yang dilaknat Allah s.w.t. Perkahwinan juga merupakan salah satu amalan ataupun sunnah yang diamalkan oleh para Nabi. Daripada Ayyub r.a sabda Rasulullah s.a.w

أَرْبَعٌ مِنْ سُنَنِ الْمُرْسَلِینَ الْحَیَاءُ وَالتَّعَطُّرُ وَالسِّوَاكُ وَالنِّكَاح

“Empat perkara daripada sunnah para Rasul ialah bersifat malu, memakai wangi-wangian, bersugi dan berkahwin”.

Seterusnya, Rasulullah s.a.w pernah menjawab pertanyaan beberapa orang sahabat berkenaan ibadah baginda sepertimana yang telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a, sabda Rasulullah s.a.w:

َكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَیْسَ مِنِّ

“…Akan tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku melakukan solat dan tidur dan juga menikahi wanita. Barangsiapa yang tidak suka terhadap sunnahku, maka dia tidak termasuk umatku”.

Kebanyakan dari kalangan umat Islam kini seringkali menggunakan hadith ini sebagai alasan atau ‘tiket’ mengakui umat Rasulullah S.A.W tetapi tidak pada galakan lain yang berbentuk wajib. Sebagai umat Islam yang benar-benar memahami dan menghayati Islam, hendaklah mengubah pemikiran yang terlalu mengambil mudah dan sikap sambil lewa di dalam menjalankan ajaran dan suruhan Allah S.W.T.[9]





Nikah Online Dalam Tinjauan Syariat

            Pernikahan merupakan salah satu daripada sunnatullah yang disyariatkan Allah kepada manusia baik lelaki mahupun perempuan dan antara lelaki dengan perempuan sebagai khalifah di bumi ini. Pernikahan merupakan satu ikatan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram dimana segala sesuatu yang asal mulanya haram dilakukan kemudian menjadi halal dilakukan. Segala sesuatu yang asal mulanya dilarang untuk melakukannya diantara kedua belah pihak menjadi sesuatu yang diperintahkan diantara keduanya.

            Namun seiring dengan peredaran zaman dan majunya peradaban teknologi, ada yang menggunakan perkembangan teknologi in untuk melakukan akad pernikahan melalui telefon, internet, mahupun media komunikasi seperti skype, yahoo mail, dan sebagainya. Akan tetapi apakah hukum pernikahan online ini menurut perspektif islam ?

            Adapun sebelum melangkah dengan lebih jauh, ada baiknya melihat terlebih dahulu mengenai rukun dan syarat nikah yang telah ditetapkan oleh para ulama terdahulu sebagai tolak ukur diterima (sah) ataupun tidak sesuatu pernikahan. Adapun dalam kitab Fathu Al-Qarib karya Syeikh Syamsudin Abu ‘Abdillah Muhammad bin Qasim Al-Syafi’I tentang rukum dan syarat-syarat nikah disebutkan, adanya calon suami dan calon isteri yang saling merela antara satu sama lain, adanya sighah akad nikah atau ijab qabul, adanya dua orang saksi yang adil serta adanya wali dari pihak calon isteri.

            Selain itu, wali itu haruslah menepati syarat sebagai wali antaranya islam, baligh, berakal (tidak gila), bebas (merdeka), dan adil. Dari kesemua keenam enam syarat tersebut haruslah ada dan saing melengkapi. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Daruqutni, dan Ibnu Majah dari Ibnu ‘Abbas dan ‘Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda

Bermaksud: ‘tidak sah suatu pernikahan apabila tanpa waliyang cerdas dan dua saksi yang adil’. Sedangkan dalam mazhab Maliki selain daripada lima syarat tersebut terdapat penambahan mahar sebagai syaratsah nikah.[10]



            Persepsi para ulama dalam menanggani hadis tentang perwalian di atas berbeza-beza. Ada yang mengatakan setuju da nada pula yang kurang sependapat dengan hadis di atas. Mazhab Hanafi mengatakan perwalian dalam pelaksanaan akad nikah tidak harus adanya wali sebagai syarat sah sesuatu akad pernikahan. Pendapat ini dibuat berdasarkan persepsi Imam Hanafi dalam  memahami hadis di atas. Sedangkan menurut pendapat Iman As-Syafi’I adanya wali dalam akad nikahmerupakan syarat sah sesuatu pernikahan.

            Sebagaimana telah dijelaskan, rukun dalam pernikahan adalah adanya calon suami isteri, adanya wali dari perempuan, adanya saksi dua orang dan ijab qabul. Pada konteks pernikahan online kesemua rukun diatas telah dipenuhi dan kedua memplai siap untuk dinikahi.

Dan didalam syarat sah pernikahan terdapat akad nikah yang harus dilakukan diantara kedua belah pihak. Adapun syarat sahnya suatu akad antarayang lain, yang pertama, shorih al-Ijab atau jelasnya dalil ijab atas Kabul, yang kedua Muafiq Li al-Ijabatau dikenali sebagai qabul yang sesuai dengan ijab, dan yang ketiga Mauqi’in Wahidin dikenali sebagai akad yang dilakukan pada satu majlis (waktu)

            Pada perlaksanaan akad nikah, pengucapan ijab dan qabul diharuskan untuk melakukannya secara sahih atau jelas dan dapat didengari oleh semua yang hadir. Kalimat yang digunakan haruslah diucapkan secara langsung dan tidak menggunakan istilah ataupun perumpamaan yang sukar untuk difahami. Selain itu, jawapan utuk qabul harus sesuai dengan ijab yang telah diucapkan oleh wali dari pihak isteri dan jawapan qabul harus segera diucaokan setelah perlaksanaan ijab. Adapun yang terakhir adalah perlaksanaan akad harus dalam suatu majlis.[11]






            Dalam hal akad nikah, para ulama fiqh sepakat bahwa perlaksanaan akad nikah harus dilakukan dalam satu majlis. Akan tetapi, para ulama berbeza pendapat dalam memahami makna dari ungkapan ‘dalam satumajlis’ tersebut. Dalam mazhab As-Syafi’I ungkapan ‘dalam satu majlis’ ini bermaksu secara dhahiriyyah. Dalam erti kata lain, semua pihak yang melaksanakan akad harus berada pada satu tempat yang secara tidak langsung  dilakukan dalam waktu yang sama. Sedangkan para ulama mazhab Hambali memahami ungkapan ‘dalam satu majlis’ itu dengan satu waktu, dalam erti kata lain perlaksanaan akad tidak memperdulikan terikatnya sesuatu tempat.

            Jika dilihat pada kedua dua pendapat di atasdan dilihat dari sudut syarat sahnya nikah, disinilah bermulanya titak permasalahan yang ada dalam pernikahan yang dilaksanakan secara online. Pada era teknologi yang serba cangih ini, khususnya dalam penggunaan internet secara online, kita dapat bersemuka dan berkomunikasi dengan orang jauh secara langsung. Menurt pandangan mazhab Hanbali, hal ini tentu tidak akan mengurangi syarat suatu akad nikah seperti yang dijelaskan, kerana pada maksud ijab dan qabul dalam hal ini dapat dilakukan dengan jelas asalkan dilaksanakan pada satu waktu dan calon isteri, wali serta saksi boleh melihat kehadiran calon suami secara online.

Namun berbeza dengan pendapat mazhab As-Syafi’I, pernikahan yang dilaksanakna secara online ini belum tentu memenuhi syarat sahnya sesuatu akadnikah, kerana pada initnya akad nikah yang dilakukan dengan cara seperti ini tidak terikat dengan tempat (tidak dalam satu tempat) dan orang yang bersangkutan tidak bertalaqqi dan musyafahah (tidak bertemu dan mengucapkan akad nikah secara langsung) dalam perlaksanaan akad tersebut.

Dan adapaun, mengenai proses berjabat tangan antara wali dengan calon suamidalam akad nikah, secara mantuq belum ditemukan dalil yang sesuai. Namun secara mafhumnya telah cukup banyak ditemukan dalil-dalil yang sesuai.[12]





Dan adapun diantaranya adalah dalil dalai tentang berjabat tangan dalam bai’at (janji suci) sebagaimana terdapat pada sebuag hadis yang diriwatkan oleh Muslim, bahwa Rasulullha s.a.w bersabda: 

‘Barang siapa yang mebai’at seorang imam (pemimpin) sambil berjabat tangannya, maka hendaklah ia menaatinya semampu yang mungkin’. (HR.Muslim)

 Sekalipun belum ditentukan dalil yang sesuai tentang berjabat tangan dalam akad nikah, namun jika dilihat dari segi rasionalnya, tradisi berjabat tangan dalam akad nikah amat bernilai positif kerana disamping mendapat kempunan dari Allah s.w.t dan dapat menpengaruhi ikatan batiniah antara kedua belah pihak yang berakad layaknya keduanya sedang berbai’it, tradisi berjabat tangan dalam akad pernikahan juga dapat memperkukuhkan keyakian calon suami atas keputusan yang ia ambil sebagai calon imam (pemimpin) bagi calon isterinnya.

Dari keterangan diatas, dapat lihat akad pernikahan online ini belum jelas lagi hukumnya dan meninbulkan keraguan. Perbezaan dari kalangan ulama, sebaiknya perlaksanaan pernikahan online ini tidakdilakukan kerana selain sebab belum diketahui sahnya tidak akad nkah. Dari akad nikah ini juga akan timbul keraguan adakah kedua calon suami isteri ini adalah benar benar calon mempelai yang sesungguhnyaatau sekadar   permainan teknolgi sahaja.

Maka dari pada itu, alangkah baiknya apabila suatu pernikahan itu dilaksanakan setelah kedua calon mempelai tersebut benar benar siap serta dapat dipertemukan dan disatukan sehingga suatu akad nikah dapat dilakukan secara lazim sesuai dengan apa yang telah disyariatkan oleh nabi.[13]







Perbahasan Ulama Tentang Nikah Online

            Timbul sebuah syubhat tentang adanya nikah online yang dianggap oleh sebahagian ulama adalah tidak sah dan sebagaian yang lain sah. Sebelu melanjutkan perbahasan tersebut mari lihat kaedah dalam perkara ijtihad Rasullulah s.a.w.

            ‘Apabila seorang hakim hendak menetapkan suatu hokum kemudia ia berijtihad dan ternyata ijtihadnya benar, maka dia mendapatkan dua pahala. Namun, apabila ia hendak menetapkan hukum kemudian ia berijtihad dan nyata ijtihadnya salah, maka dia mendapat satu pahala’.

            Didalam hadisb diatas, dijelaskan bahawa para imam mujtahidapabila berijtihad benar mendapat pahala dua dan apabila salah mendapat pahala satu, kesimpulannya adalah tidak ada yang salah di mata syariat. Semua ijtihad para ulama dapat diambil sebagai sandaran hukum.

            Berbalik kepada nikah online, ulama dari kalangan syafi’I menetapkan hokum bahwa nikah online tidak sah, dengan alas an hukumnya adalah syarat sah nikah ijab dan qabulnya harus dalam satu majlis. ‘ijab qabul harus dilakukan dalam satu majlis iaitu ketika mengucapkan ijab dan qabul harus dilakukan dalam sebuah majlis yang sama. Dimana kedua duanya harus hadir secara utuh ditempat yang sama dan adanya kesinambungan antara ijab dan qabul tanpa ada jeda dengan perkataan lain yang boleh membuat keduanya tidak terkait’. (al-Muqni)

            Perkara ini berbeza pula dengan pendapat ulama Hanafiyyah, beliau memahami satu majlis bukan dari segi fizik para pihak, namun hanya ijab dan qabul para pihak harus dikatakan di satu tempat dan secara bersambung. Dari pendapat ini, Hanafiyyah memperbolehkan akad nikah melalui surat, asalkan surat tersebut dibaca di hadapan saksi dan pernyataan dalam surat segera dijawab oleh pihak di sebalah sana.[14]



Menurut Hanafiyyah, syrat yang dibacakan di depan saksi dapat dinyatakan sebagai ijab dan qabul dan harus segera dijawab. Dari pendapat Hanafiyyah tersebut, dapat dianalogikan bahwa pernikahan online dianggap sah hukumnya dilakukan menggunakan media komunikasi seperti internet. Dalil yang digunakan oleh ulama Hanafiyyah adalah seperti berikut

 ان أم حبيبة كانت تحت عبيد الله بن جحش فمات بأرض الحبشة فزوجها النجاشي رحمه الله من النبي صلى الله عليه و سلم و أمهرها أربعة آلاف درهم و بعث حبيب اليه مع شرحبيل بن حسنة فقبل النبي صلى الله عليه و سلم

Bermaksud: ‘bahwasanya, Ummu Habibah adalah isteri Ubaidillah bin Jajsy. Ubaidillah meninggal di negeri Habasyah, maka raja Habasyah (semoga Allah memberi rahmat epadanya) menikahkan Ummu Habibah kepada Nabi s.a.w, ia bayarkan maharnya 400 dirham, lalu ia kirimkan Ummu Habibah kepada Nabi s.a.w bersama Syurahbiel bin Hasanah. Lalu Nabi s.a.w menerimanya’. (HR. Daud, dan Nasa’i)

            Didalam hadis  diatas, Raja Habasyah di negeri Habasyah telah menikahkan Ummu Habibah dengan Rasulullah s.a.w dan raja telah membayar mahar kepada Ummu Habibah sebanyak 400 dirham kemudian Raja Habasyah menulis surat bahwa Ummu Habibah telah dinikahkan dengan Rasulullah s.a.w. Kemudian raja telah mengirimkan Ummu Habibah kepada Nabi s.a.w melalui Syurabeil bin Hasanah. Kemudian di saat Ummu Habibah sampai kepada nabi beserta surat tersebut maka Rasulullah menerimanya. Sahlah Ummu Habibah sebagai isteri Nabi s.a.w.

            Maka dari penjelasan di atas, ulama Hanafiyyah menganggap sah nikah menggunakan komunikasi seperti surat, skype, atau melalui online. Dengan syarat selama mana boleh dipastikan bahwa orang yang terlibat dalam akad nikah tersebut berlaku adil dan tidak ada sebarang penipuan.[15]


Kemudian timbul sebuah persoalan baru adanya sebagai orang menganggap nikah online padahal sejatinya bukan nikah online. Seperti contoh, seorang akhwat di Hong Kong manakala ikhwan pula di Malaysia. Kemudian mereka ingin menikah, lalu akhwat tersebut mewakilahkan dirinya melalui telefon kepada ustaz yang ada di Malaysia untuk menikahkan dirinya dengan seorang ikhwan di Malaysia. Kemudian ustaz tersebut menikahkannya. Perkara yang berlaku di atas bukanlah pernikahan online kerana ijab dan qabul dilakukan dalam satu majlis dan syarat syarat nikah serta rukunnya telah dipenuhi.

Ataupun boleh juga perkara seperti ini berlaku sebagai contoh, seorang ikhwan berada di Malaysia dan akhwat berada di Hong Kong ingin melangsungkan pernikahan akan tetapi ikhwan berada di Malaysia kemudia ikhwan mewakilahkan melalui surat atay telefon kepada orang lain untuk menerima nikahnya dalam ijab dan qabul.

Kedua dua permasalahan di atas bukanlah yang dimaksudkan nikah online akan tetapi nikah secara wakilah dan hukumnya sah secara syariat. Wakilah boleh secara langsung atau melalui surat atau telefon sebagaimana sah talak melalui telefon. Maka jika terhadinya permasalahan diatas  dan ragu-ragu untuk melakukan pernikahan online, maka lakukanlah pernikahan secara wakilah.[16]




                      









Perkahwinan Online Menurut Undang-Undang Perkahwinan

                       Dunia siber merupakan dunia baru yang unik sifatnya kerana terbentuk melalui jaringan internet komputer. Sehingga saat ini, penamaan terhadap ‘dunia siber’ ini dikalangan ahli hokum berbeza beza dan sebagainya. Menurut hemat penulis terminology ‘siber’ merupakan term yng paling bagus untuk digunkan seperti yang dikatakan Josua Sitompul dalam bukunya Cyberspace. Cybercrimes, Cyberlaw.

                       Sebutan Cyberspacedari bahasa inggeris dapat diterjemahkan sebagai dunia siber atau wilayah siber sehingga sebutan hukumnya menjadi Cyberlaw (hukum siber) atau hokum yang mengatur dunia siber (Cyberspace). Aktiviti di dalam dunia siber bukanlah ilusi semata mata tetapi lebih tepat jika dikatakan sebagai altiviti yang nyata dengan pemanfaatan jaringan computer. Alasannya, jika aktiviti di dunia siber adalah fiksi semuanya, maka tidak akan ada sanksi yang bersifat nyata jika terjadi pelanggaran di dunia siber meskipun perbuatan yang dilakukan tidak ada interaksi fisik sama sekalai.

            Dalam konteks nikah online, perkahwinan yang dilakukan tentunya tanpa kehadiran fisik antara kedua mempelai dengan saksi dan penghulunya di tempat yang sama, tetapi dilakukan di waktu yang sama, dengan merujuk pada akta 303 akta undang-undang keluarga islam (wilayah-wilayah persekutuan) 1984 bahagian iv -penalti dan pelbagai peruntukan yang berhubungan dengan akad nikah dan pendaftaran perkahwinan, seksyen akad nikah perkahwinan yang tidak dibenarkan mana-mana orang, yang tidak diberi kuasa di bawah akta ini mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan apa-apa perkahwinan, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Seksyen 11. Perkahwinan tidak sah Suatu perkahwinan adalah tidak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut hukum syarak,untuk menjadikannya sah.[17]





                       Untuk menjawab adakah pernikahan online ini melanggar ketenttuan undang-undang perkahwinan atau tidak, maka pertanyaan yang harus dijawab terlebih dahulu adalah apakah pernikahan online ini yang marak diberitakan itu dilakukan sesuai dengan ketentuan undang-undang perkahwinan di Malaysia? Jika tidak sesuai maka perbuatan tersebut telah melanggar ketentuan undang-undang perkahwinan.

                       Kemuudian tibul juga pertanyaan yang lain iaitu, bagaimana dengan perkahwinan (di luar konteks online) yang dilakukan di dunia siber namun semua rukun dan syaratnya sesuai dengan undang-undang perkahwinan, adakah sah menurut hukum? Harus diakuii bahwa hai ini masih meninbulkan permasalahan khususnya di kalangan umat islam.

                      Praktik ijab dan qabulperkahwinan dengan menggunakan media telefon sudah beberapa kali terjadi. Pendapat moden menyatakan bahwa perkahwinan tersebut sah sepanjang dapat menjamin bahwa pihak pihak tersebut sudah saling mengenal suara dan lain-lain. Kendati tetp dijalankan.analoginya sama dengan perkahwinan dengan media internet ini. Penulis sendiri berpandangan bahwa pernikahan demiian tetap sah sepanjang telah sesuai dengan undang undang perkahwinan.[18]












Pendapat Pendapat Lain Tentang Pernikahan Online

                       Harus satu tempat secara hakiki, salah satu diantara syarat sah nikah adalah adanya saksi dalam pernikahan. Ini merupakan pendapat jumhur ulama. Dan pendapat ini benar, berdasarkan hadis dari Aisyah r.a, bahwa Nabi s.a.w bersabda:

لا نكاح إلا بولى وشاهدل

 Bermaksud: tidak sah nikah kecuali dengan adanya wali dan dua saksi orang yang adil. (HR. Ibnu Hibban 4075 dan ad-Daruquthni 3579 dan dihasankan Syuaib al-Arnauth)

                       Kemudian ulama berbeza pendapat apakah posisi kedua saksi harus berada di satu majlis yang sama secara hakiki bersama wali dan pengantin lelaki? Atau mereka noleh terpisah selama masih memungkinkan untuk dianggap sebagai satu majlis secara hukum. Disebabkan ini adalahmasalah baru yang belum ada di masa silam, kita tidak bleh membuka kiab fiqh dan jika mengacu pada buku fiqh, para ulama mempersyaratkan bahwa semua yang terlibat dalam akad (pengantin, wali dan dua orang saksi) , harus ada secara bersama di majlis akad. Kerana di masa silam, jika tidak satu majlis akad, mereka tidak boleh melakukan komunikasi langsung. Komunkasi hanya melalui surat dan tentu saja tertunda.[19]

Al-Buhuti dalam Kasyaf al-Qana menyatakan

وإن تراخى القبول عن الإيجاب صح ما داما في المجلس ولم يتشاغلا بما يقطعه عرفا ولو طال الفصل
Bermaksud: jika tertunda sesaat, sehingga tidak langsung menyambung qabul, hukumnya sah, selama mana dalam satu majlis. Dan pengantin tidak melakukan aktiviti yang memutuskan kesinambungan ijab qabul, meskipun ada jedah yang agak lama. (Kasyaf al-Qana).
           
Setelah adanya komunukasi moden, ulama ad-Fiqh al-Islami, keputusan no,2 (3/6) tentang hukum melakukan kad komunikasi zaman sekarang. Ada beberapa akad yang berlaku dan sah dilakukan secara jarak jauh, seperti jual beli. Kemudian Majma’ menyebutkan pengecualian,
إن القواعد السابقة لا تشمل النكاح لاشتراط الإشهاد فيه
Bermaksud: bahawasanya kaedah kaedah tentang akad jarak jauh di atas, tidak berlaku untuk akad nikah, kerana disyaratkan harus ada saksi.
            Demikian pula yang difatwakan Lajnah Daimah, denga pertimbangan, yang pertama mudahnya orang melakukan penipuan dengan meniru suara orang lain, kedua perhatian syariat dalam menjaga kerhormatan dan hubungan lawan jenis, dan ketiga, kehatian hatian dalam masalah akad nikah lebih besar nilainya dibandingkan kehatian hatian dalam masalah muamalat yang terkait harta.
            Maka Lajnah Daimah menetapkan bahwa akad nikah tidak diperkenankan menggunakan alat komunikasi jarak jauh untuk melangsungkan akad nikah, dalam rangka mewujudkan maqasid syariah dan menutup celah terjadinya perlanggaran dari pihak yang tidak bertanggungjawab.
Seterusnya, boleh tidak satu tempat, selama mana merak bleh berkomunikasi. Selama mana saksi boleh memastikan bahwa orang yang bersangkutan adalah wali atau pengantin lelaki, dan dia yakin tidak ada penipuan dalam komunikasi jarak jauh ini, dan semua dilakukan dengan lancar tanpa terputus maka sudah boleh dihukum satu majlis.[20]




Pendapat Dr. Abdullah al-Jibrin mengatakan dalam syarah beliau untuk Umdatul Fiqh,
ويجوز على الصحيح إجراء عقد النكاح مع تباعد اماكن تواجد الزوج والولي والشهود ، وذلك عن طريق الشبكة العالمية ( الإنترنت) ، فيمكن لأطراف العقد والشهود الاشتراك جميعاً في مجلس واحد حكماً وإن كانوا متباعدين في الحقيقة ، فيسمعون الكلام في نفس الوقت ، فيكون الإيجاب ، ويليه فوراً القبول ، والشهود يرون الولي والزوج ، ويسمعون كلامهما في نفس الوقت
Bermaksud: Boleh dilakukan akad nikah, sekalipun di posisi berjauhan, yang melibatkan pengantin lelaki, wali, dan saksi. Dan itu dilakukan melalui internet. Sehingga memungkinkan untuk dilakukan akad dan persaksian dalam waktu bersamaan, dan dihukum (dianggap) satu majlis. Meskipun hakikatnya mereka berjauhan, mereka boleh mendengar percakapan dalam satu waktu. Ijab pertama, lalu langsung disusul dengan qabul. Sementara saksi boleh melihat wali dan pengantin lelaki. Mereka boleh menyaksikan ucapan keduanya dalam waktu yang sama, akad ini sahih.
Lalu beliau menegaskan,
 فهذا العقد صحيح، لعدم إمكان التزوير أو تقليد الأصوات
Akad ini sah, karena tidak mungkin ada penipuan atau tiru-tiru suara…
Secara tarjihh kita boleh melihat pertimbangan dalam fatwa Lajnah Daimah, bahwa dalam masalah akad nikah, harus dipastikan syarat dan rukunnya terpenuhi. Karana konsekuensi akad nikah adalah masalah kehormatan dan kejelasan keturunan. Sehingga saksi harus menyaksikan mereka berdua, wali dan pengantin pria dalam waktu dan tempat yang sama. Kerana itulah, pendapat yang lebih benar dalam hal ini adalah pendapat jumhur, bahwa akad nikah melalui alat komunikasi jarah jauh, tidak diperkenankan.[21]

Penutup
            Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Illahi atas kurnia nikmatNya dapat saya menyiapkan tugasan yang bertajuk perkhawinan secara online di bawah subjek Fiqh Munakahat (SYR 3073) yang diajar oleh Ustaz Suhaimi bin Abu Hasan. Terima kasih diucapkan kepada rakan rakan seperjuangan dan pensyarah yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Kesimpulan apa yang saya dapat ialah, antara nikmat Allah swt kepada manusia, dijadikannya berpasang pasangan dan disyariatkan melangsungkan perkhawinan dalam memastikan generasi manusia berkesinambungan secara halal dan menepati ajaran agama. Pernikahan akad nikah yang dijalankan melaui online ini terkait substanisna yang belum jelas hukumnya dan menimbulkan keraguan dan perbezaan dari kalangan ulama, maka dari situ hendaklah seboleh mungkin perlaksanaan akad nikah secara online seperti ini tidak dilakukan sebab belum diketahui sahnya tidak akad nkah tersebut. Dari akad nikah ini juga akan timbul keraguan adakah kedua dua pasangan suami isteri itu benar benar disahkan sebagai suami isteri atau bukan. Maka dalam pada itu, sebaiknya suatu pernikahan itu dilaksanakan setelah kedua pasangan tersebut bersedia untu dipertemukan dan disatukan secara lazim sesuai dengan apa yang disyariatkan.











Rujukan
1.      Al-quran Nur Qarim
3.      Soal Jawab Fiqh Al-Bani-Mahmud bin Ahmad Rasyid (Halaman 189)
4.      Indahnya Hidup Bersyariat-Dato’ Ismail Kamus Mohd Azlan Abdul Hamid (Halaman 191)


8.      http:llbusiness-law.binus.ac.id/2015/03//31/pernikahan-online-menurut-undang-undang-perkahwinan/

9.      Kitab Al-Umm (Kitab Induk) Al-Imam Abi Abdullah  Muhammad Idris As-Syafi (Jilid 7) (Halaman 167)







           





[1] http://studentsrepo.um.edu.my/5182/3/BAB_2__The_latest_.pdf
[2] http://studentsrepo.um.edu.my/5182/3/BAB_2__The_latest_.pdf
[3] Indahnya Hidup Bersyariat-Dato’ Ismail Kamus Mohd Azlan Abdul Hamid (Halaman 191)
[4] Surah al-Nur (24) : 32
[5] Soal Jawab Fiqh Al-Bani-Mahmud bin Ahmad Rasyid (Halaman 189)
[6] Surah al-Nisa’ (4): 3
[7] Surah al-Rum (30) : 21
[8] Fiqh Al-Manhaji
[9] Soal Jawab Fiqh Al-Bani-Mahmud bin Ahmad Rasyid (Halaman 189)
[10] http://najmadanzahra.blogspot.my/2014/01/akad-nikah-online
[11] Kitab Al-Umm (Kitab Induk) Al-Imam Abi Abdullah  Muhammad Idris As-Syafi (Jilid 7) (Halaman 167)
[12] http://najmadanzahra.blogspot.my/2014/01/akad-nikah-online
[13] http://najmadanzahra.blogspot.my/2014/01/akad-nikah-online
[14] http://abu-almaqdisi.blogspot.my/2015/08/nikah-online-html
[15] http://abu-almaqdisi.blogspot.my/2015/08/nikah-online-html
[16] http://abu-almaqdisi.blogspot.my/2015/08/nikah-online-html
[18] Http:llbusiness-law.binus.ac.id/2015/03//31/pernikahan-online-menurut-undang-undang-perkahwinan/
[19] https://konsultasisyariah.com/26434-hukum-nikah-melalui-online-dan-internet.html

[20] https://konsultasisyariah.com/26434-hukum-nikah-melalui-online-dan-internet.html
[21] https://konsultasisyariah.com/26434-hukum-nikah-melalui-online-dan-internet.html


Click



Disclaimer



Asssalamualaikum and hye visitor...Welcome to my online diary . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Hate my blog?click Here

Speak now!



Don't use harsh word
Put your blog url

SHOUTBOX CODE HERE ....
Advertise





Blog Owner: Your name
Template By: Kawaii Lady
Some stuff: